Loong adalah hero marksman baharu yang akan keluar di Honor of Kings (HoK) bermula esok.
Hero ini adalah marksman yang menggunakan tiga elemen berbeza iaitu api, air dan angin untuk menyerang musuh mengikut elemen apa yang digunakan.
Untuk peringatan setakat ini masih belum ada lagi stats dan nombor untuk damage,cooldown dan sebagainya untuk skill-skill Loong tetapi skill yang ada ini sudah semestinya sama dari versi HoK China.
Nama-nama untuk skills Loong juga akan berubah mengikut terjemahan bahasa lain di HoK Global nanti.
Skills Loong
Pasif
Bahagian 1

YikeZ -YouTube
Pasif Loong adalah dia akan menggunakan dua pedang mengikut elemen yang digunakan.
Satu ikon mengikut elemen akan muncul di bawah Loong dan bagi setiap skill yang anda guna akan mengikut ikon-ikon ini.
Sebagai contoh, Fire dan Water auto attack Loong akan mengikut jenis-jenis elemen ini juga.
Mengikut jumlah musuh yang ada setiap auto attack akan berpecah dua mengikut elemen.

YikeZ -YouTube
Jika ada satu sahaja musuh, hanya satu elemen sahaja akan menyerang musuh itu.
Bahagian 2

YikeZ -YouTube
Setiap kali Loong menggunakan skills dia akan mendapat stack elemen itu.
Jika menggunakan api dia akan mendapat dua stack elemen api. (Anda boleh mengumpul sehingga 3 stack ketika Ultimate atau melakukan kombo)
Autoattack Loong juga akan menjadi lebih kuat. Satu stack akan menghantar satu naga untuk menyerang. Dua stack akan menghantar dua naga untuk menyerang.
Jika anda mahu tiga pasif stack tiga naga akan menyerang, anda perlu menggunakan satu skill dan satu skill yang lain sebagai kombo.
Skill 1 – Fire

YikeZ -YouTube
Jika ada musuh berdekatan,(sehingga 3 musuh) anda akan menyerang dengan elemen api menanda musuh dan membuat damage physical dan true damage.
Auto attack seterusnya akan membuat true damage kepada musuh.
Skill 2 – Water

YikeZ -YouTube
Jika ada musuh berdekatan, (sehingga 3 musuh) anda akan menyerang dengan elemen air menanda musuh dan heal nyawa anda.
Lebih banyak musuh mengena lebih banyak heal yang anda dapat.
Auto attack menggunakan elemen air akan memberi anda lifesteal dan mana semula.
Skill 3 – Wind

YikeZ -YouTube
Jika ada musuh berdekatan, (sehingga 3 musuh) anda akan menyerang dengan elemen angin dan akan membuat knockback kepada musuh.
Dengan elemen angin Loong akan mendapat movement speed.
Ultimate – Dragon

Honor of Kings – YouTube
Loong akan bertukar menjadi seekor Naga, terbang ke mana sahaja dan terus menyerang musuh apabila mendarat lalumemberi musuh slow dan sedikit knockback.
Ketika terbang anda tidak boleh dibidik oleh hero musuh.
Hero ini juga akan mendapat jarak menyerang auto attack lebih jauh dan attack speed.

Honor of Kings – YouTube
Loong juga akan boleh menyerang tiga musuh serentak ketika Ultimate ini.
Sedikit tambahan, ketika terbang di atas, anda boleh memilih elemen apa yang anda mahu gunakan sebelum mendarat sekaligus memberi anda kelebihan damage elemen apa yang anda mahu.
Loong akan dijangka menjadi marksman untuk fasa mid ke late game.
Dia akan dilancarkan pada esok dimana anda boleh membelinya dengan token terlebih dahulu dan starstones mulai 18 Julai ini secara percuma.

setahun yang lepas