Malaysia catat rekod dunia – Satu kad MTG The Soul Stone terjual dengan harga RM105,100!

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Seorang streamer Malaysia kini melakar sejarah dan rekod global apabila berjaya menjual kad yang sangat sukar dijumpai iaitu Soul Stone dari kolaborasi Magic: The Gathering x Marvel Spider-Man.

Kad Soul Stone (SPM #242) dijual dengan harga RM105,100 (AS$25 ribu) di Collektr. Harga ini sekaligus membuatkan kad Soul Stone itu paling mahal terjual di dunia.

Untuk pengetahuan semua, Collektr ialah platform menjual sambil stream untuk pelbagai barangan koleksi.

Foto: Collektr

Semuanya bermula apabila streamer dan penjual kad KimoEZ berjaya mendapatkan kad Soul Stone di The Collective iaitu kedai Wizards Play Network Premium di Denai Alam, Shah Alam. 

Apabila seseorang mendapat kad ini di Malaysia ramai komuniti MTG dan Marvel di Malaysia terkejut dengan apa yang berlaku.

KimoEZ kemudian membuka pembidaan lelong untuk menjual kad itu di Collektr Marketplace dengan harga RM55 ribu sebagai pembukaan.

Rekod harga kad Soul Stone dipecahkan!

Dengan penjualan kad ini, secara tidak langsung menarik minat pembida kad ini datang dari Malaysia, Thailand, Eropah, Korea dan Amerika Syarikat.

Selama lima hari, bidaan itu berjaya menarik lebih 43 pembina dari 10 pengumpul. Semuanya berakhir apabila bidaan dimenangi oleh Michael Caffrey dari Amerika Syarikat pemilik kedai MTG iaitu TOAMagic.

Sekaligus rekod hargakad Soul Stone dipecahkan.

Collektr mempunyai satu sistem anti-snipe untuk memastikan semua pembida berada di satu lapangan yang sama sepanjang masa pembidaan.

Foto: Collektr

“Perkara ini bukan sekadar penjualan. Ini adalah satu peristiwa penting,” ujar Adlin Yusman Pengasas Collektr.

“Untuk melihat seorang streamer Malaysia mengadakan live dan menjual kad ini memecah rekod antarabangsa menunjukkan komuniti pengumpul di Asia Tenggara semakin meningkat.” tambahnya lagi.

Kad: The Soul Stone

Foto: Collektr

“Dari keterujaan mendapat kad secara siaran langsung sehinggalah melihat pengumpul dari pelbagai benua bertarung bakal menjadi pengalaman yang tidak akan dilupai saya,” ujar KimoEZ.

Penjualan ini menjadi sejarah besar bagi komuniti MTG di Malaysia dan Asia Tenggara.

Jika anda berminat untuk menyertai bidaan atau melihat barangan koleksi terjual anda boleh pergi ke laman rasmi collektr.

RELATED NEWS

+