Error 404 pemain termuda MPL Malaysia menjadi tumpuan – MLBB

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Minggu kedua Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) buktikan umur bukan penghalang untuk bertanding dan membawa perubahan.

Danish “Error 404” Tahqif Bin Abdullah berusia 16 tahun adalah pemain paling muda di MPL Musim ke-15.  

Foto: MOONTON Games

Error 404 dari Team Vamos (VMS) baru-baru ini menjadi tumpuan setelah mendapatkan kemenangan bersih ke atas Ocean Black.

Jungler dari Melaka ini menjadi perhatian penonton dengan kehebatannya menggunakan Suyou dan Joy sekaligus menjadi Pemain Paling Bernilai (MVP).

Prestasi mengagumkan ini menjadi titik perubahan buat Team Vamos yang mempunyai keputusan kurang memberangsangkan pada minggu pertama di mana mereka tewas di tangan Selangor Red Giants OG Esports (SRG) dan hanya menang tipis ke atas Team Rey (REY).

Penampilan sulung Error 404 memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang oleh Garyy yang juga muncul sebagai jungler termuda liga.

Foto: MOONTON Games

Peminat-peminat Team Vamos mula menyamakan Error 404 dengan Naruto Uzumaki iaitu watak utama bagi anime terkenal Naruto.

Peminat mengatakan Error 404 seperti telah mempelajari Sage Mode untuk kembali menyelamatkan Konoha (Hidden Leaf Village) dari watak jahat Pain.

Ramai mengharapkan Error 404 akan menjadi titik perubahan yang diperlukan oleh VMS setelah minggu pertama.

Team Vamos kini berada di tangga ke-empat Kedudukan Kumpulan Minggu 2.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+