Pemain EXP Laner baru Homebois, Markho “Crush” Jaianne Turla berjaya mencuri tumpuan penonton pada Minggu Diraja MPL MY S14 selepas membuat debut bersama pasukan itu untuk melawan skuad dengan kesemua pemain tempatan, Monster Vicious.

Dia berjaya membantu Homebois meraih kemenangan pertama untuk pasukan itu menentang MV selepas tewas empat perlawanan sejak minggu pertama.
Dengan skor 18 mata, Crush mendahului ranking yang dulunya dipegang oleh pemain Jungler RSG Malaysia, Rannqt.
Pemain dari Liga Akademi MLBB Malaysia (MAL) itu turut menunjukkan kemampuannya sebagai pendatang baru.
Di minggu kelima ini, Homebois bakal berdepan cabaran besar melawan Team Vamos, pasukan di kedudukan kedua papan pendahulu liga ketika ini.
Foto: MOONTON Games
Follow kami di WhatsApp, Instagram, Facebook dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

setahun yang lepas