Nilai pasaran saham skin Counter-Strike 2 hilang RM8.45 bilion dalam satu malam

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Semalam Valve membuat satu kemaskini yang mengejutkan komuniti Counter-Strike 2 (CS2) sekaligus menghancurkan market cap (nilai pasaran saham) Counter-Strike 2.

Kemaskini terbaru itu memperkenalkan sistem Trade Up Contract. 

Sistem ini membenarkan anda menukarkkan lima item dengan kualiti Covert (red skins) untuk mendapatkan knife atau gloves. Sebagai contoh, lima item StatTrak Covert boleh ditukarkan untuk satu StatTrak Knife.

Sebelum ini pisau dan sarung tangan hanya boleh didapati dengan membuat lebih ribuan loot box Counter-Strike 2. 

Kemaskini ini membuatkan nilai pisau dan sarung tangan yang ada menurun dengan mendadak disebabkan sesiapa sahaja boleh mendapatkan dua barangan paling bernilai ini.

Menurut laporan dari The Gamer, semalam sahaja nilai pasaran saham CS2 bernilai AS$5.9 bilion (RM25 billion) menurun ke AS$4.2 bilon (RM17.75 bilion).

Foto: Priceempire

Perkara ini sangat besar sehingga ramai pemain-pemain hilang ribuan AS$ malah ada yang kehilangan ratusan ribu AS$.

Di X ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah dibuat oleh Valve ini kerana mereka kehilangan wang.

Ada juga yang merisaukan perkara ini boleh merosakkan kesihatan mental orang yang telah melabur wang untuk barangan CS2.

Semalam, seorang pelajar di China telah dilaporkan telah terjun bangunan disebabkan kejatuhan nilai pasaran skin.

Pencipta kandungan CS2 terkenal Olofmeister juga terkejut apabila kehilangan lebih AS$ 40 ribu (RM170 ribu).

Valve selama ini tdak mendapat komisyen untuk barangan mahal CS2 kerana selalunya orang akan berjual beli di luar pelantar Steam. Tetapi dengan membuat sistem baru ini, insentif untuk menggunakan pelantar pihak ketiga berkurangan sekaligus memberikan peluang untuk Valve mendapat lebih banyak wang.

Adakah keputusan Valve ini tepat? Ini adalah permainan video. Keputusan untuk melabur kepada CS2 adalah risiko yang diletakkan kepada diri sendiri.

RELATED NEWS

+