Valve baru sahaja mengumumkan Steam Machine iaitu satu PC mini yang setaraf dengan konsol.
Harini Valve, juga mengumumkan beberapa produk lain termasuk set kepala VR, Steam Frame dan rekaan terbaru untuk Steam Controller.
Menurut Valve, Steam Machine adalah 6 kali lebih kuat dari Steam Deck di mana pelanggan boleh mengjangkakan prestasi grafik dan frame meningkat.

Foto: Valve
Steam Machine direka sebagai PC yang telah dikecilkan menjadi kiub dan boleh diletakkan di atas meja dan sudah semestinya boleh disambungkan ke televisyen sekaligus membenarkan pelanggan bermain permainan video dari Steam library di skrin besar.
Menurut laporan dari IGN, Steam Machine boleh dibandingkan dengan prestasi Nvdia RTX 4060 atau AMD RX 7600.

Foto: Valve
Ini membuatkan konsol mempunyai prestasi diantara Xbox Series S dan PlayStation 5 tetapi lebih dekat ke arah PS5.
Konsol ini menggunakan SteamOS tetapi pengguna boleh bermain permainan Windows tanpa isu besar.

Foto:Valve
Valve mengatakan konsol ini mampu bermain 4K gaming di 60 frames per second dengan menggunakan AMD FidelityFX Super Resolution upscaling.
Steam Machine juga mempunyai 16GB DDR5 RAM dengan storan diantara 512GB atau 2TB termasuk slot microSD pantas.
Valve masih mengumumkan harga konsol baharu ini tetapi akan dilancarkan awal tahun hadapan.

setahun yang lepas