Pemain Honkai Star Rail disaman RM638 ribu kerana stream dan sebarkan leaks

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

HoYoverse penerbit Genshin Impact, Honkai Star Rail dan Zenless Zone Zero bakal menyaman seorang main yang membuat penstriman kepada orang di Discord.

Sama seperti Nintendo, HoYoverse dikenali sebagai syarikat yang sangat ketat dan agresif dalam mengambil tindakan kepada orang yang menyebarkan harta intelektual sebelum pelancaran rasmi.

Tahun lepas sahaja, HoYoverse telah mendesak Twitter/X untuk memberikan maklumat nama, nombor telefon, email dan alamat IP orang-orang yang menyebarkan leak. Enam bulan lepas juga HoYoverse telah menyaman pembangun peranti cheat RM6.69 juta.

Kali ini HoYoverse akan menyaman seorang individu bernama Alfredo Lopez yang telah membuat penstriman untuk karakter Castorise di Discord yang mempunyai 12,000 ahli. 

Foto: HoYoverse

Setakat ini masih belum ada apa-apa maklumat bagaimana Lopez mendapatkan klien beta ini.

Ini juga termasuk menyebarkan video, gambar dan perbincangan mengenai pengalaman mereka dengan kandungan yang betul dilancarkan lagi ini.

Karater tersebut adalah Castorice yang dilancarkan dengan kemas kini versi 3.2 Honkai Star Rail.

Menurut Game File, saman ini telah difailkan pada 6 Jun lepas di Mahkamah California Amerika Syarikat.

HoYoverse akan menyaman Lopez untuk pelanggaran hak cipta.

 

RELATED NEWS

+