Pokemon Gen 10 dikatakan mengambil inspirasi Kuala Lumpur & Asia Tenggara – Leaks

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Generasi Pokemon seterusnya berkemungkinan besar akan mempunyai region yang berdasarkan Asia Tenggara.

Satu leak besar hasil sambungan teraleak menunjukkan nama game baru dan konsep untuk Pokemon Generasi 10.

Asia Tenggara mempunyai banyak tempat menarik, budaya yang unik, pelbagai jenis makanan sedap dan sudah semestinya flora & fauna yang akan menjadi inspirasi untuk Pokemon baharu.

Foto: Britannica

Teraleak adalah leaks yang menggegarkan komuniti Pokemon dengan leaks sehingga dalam saiz yang sangat besar.

Menurut Vice, leak tersebut mengatakan Pokemon baru ini digelar Pokemon Winds dan Pokemon Waves.

Foto: The Pokemon Company

Khu yang ialah leaker Pokemon terkenal dan selalunya betul dalam memberikan maklumat game Pokemon yang akan datang.

Lebih menarik region baru ini juga akan membawa bandar besar diinspirasikan dari Kuala Lumpur.

Antara leak mengenai Generasi 10 ini ialah:

  • Protagonis berusia 13 tahun yang menang percutian ke region baharu
  • Tema Infinity yang membawa mekanik kewujudan pulau baharu
  • Kawasan hutan pertama dalam siri
  • Mega Pokemon kembali
  • Efek cuaca dimana pokemon mempunyai kuasa berbeza-beza. Pokemon ini digelar ‘Seed Pokemon’. Seed Pokemon mempunyai evolusi unik dimana setiap pemain tidak akan mempunyai Seed Pokemon yang sama.

Perlu diingatkan semua maklumat ini hanyalah leak dan akan berubah untuk masa akan datang nanti.

Pokemon baru ini dijangka akan dilancarkan tahun hadapan  eksklusif untuk Nintendo Switch 2.

RELATED NEWS

+