Syarikat pembuat mainan Takara Tomy akan melancarkan virtual pet baharu bertemakan Pokemon.
Pokemon sebenarnya sudah mempunyai virtual pet yang digelar Poke Walker di mana anda boleh membawa Pokemon itu ke mana sahaja dan peranti tersebut akan mengira setiap langkah untuk meneruskan setiap misi yang diberi.

Foto: Takara Tomy
Sama seperti Digivice (Digimon) dan Tamagotchi, Pokemon Friends Pokeball ini dicipta khas untuk peminat Pokemon.
Sebagai Trainer, kita boleh membawa Pokemon ke mana-mana dan menjaga mereka.

Foto: Takara Tomy
Antara perkara yang anda boleh buat ialah membelai Pokemon untuk mendapatkan reaksi berbeza-beza.
Selain dari itu, anda juga boleh berinteraksi dengan Pokemon dalam pelbagai cara.

Foto: Takara Tomy
Anda boleh berlawan, menjaga kebersihan, dan bermain dengan Pokemon pilihan anda.
Banyak lagi fungsi-fungsi lain yang tidak diketahui untuk Pokemon Friends Pokeball terutamanya cara untuk evolve Pokemon.
Terdapat 157 Pokemon disahkan ada di peranti ini dari Generasi 1 sehingga Generasi 9.
Tujuh Pokemon terpilih juga akan digelar sebagai Partner Pokemon yang akan mempunyai lakonan suara penuh dan ekspresi animasi lebih menarik.
Partner Pokemon terdiri daripada Pikachu, Eevee, Sprigatito, Fuecoco, Quaxly, Lucario, and Sylveon.

Foto: Takara Tomy
Bagi memudahkan pengguna, peranti ini mempunyai dwi-bahasa iaitu Bahasa Jepun dan Bahasa Inggeris.
Malangnya, Pokemon Friends Pokeball hanya akan dilancarkan di Jepun.
Walaupun begitu, banyak kedai-kedai dari Malaysia sudah membuka pra-tempah untuk anda membelinya dengan harga RM 310.
Tamagotchi Pokemon ini dijangka kan dilancarkan pada 11 Oktober 2025.

setahun yang lepas