Pokemon TCG Pocket melancarkan Trading tetapi dibenci semua pemain

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Pokemon Trading Card Game Pocket (PTCGP) telah memperkenalkan trading semalam tetapi ramai pemain mengecam sistem baru ini terhadap pembina Creatures Inc.

Ramai pemain telah membuat rungutan di laman sosial mengenai fungsi trading ini.

Fungsi trading baru ini mempunyai terlalu banyak keperluan dan kekangan.

Tidak sama seperti Wonder Pick, fungsi trading memerlukan dua item baharu iaitu Trade Stamina dan juga Trade Tokens.

Trade Tokens hanya boleh didapati oleh kad 3 Diamonds ke atas sahaja. Anda memerlukan 120 Trade Token untuk trade kad 3 Diamonds, 400 untuk kad 1 Star dan 500 untuk 4 Diamonds iaitu EX Pokemon.

Token ini hanya boleh didapati dengan menukarkan kad anda dan pemain boleh menukarkan 25 Trade Token untuk kad 3 Diamond, 100 untuk kad 1 Star, 125 untuk kad 4 Diamonds , 300 untuk kad 2 Stars, 300 untuk kad 3 Star Immersive dan 1500 untuk kad Crown Gold.

Ini bermakna anda perlu menjual kad-kad berlebihan yang anda. Sebagai contoh, anda perlu menukar 5 kad EX Pokemon semata-mata untuk mendapat satu kad EX Pokemon.

Menurut satu petikan dari r/hurtbowler di Reddit.

Posts from the ptcgp
community on Reddit

“Sangat mengecewakan. Ketamakan ini tersangat tamak sehingga saya tidak mahu lagi mengeluarkan satu dollar pun. Mereka sepatutnya membuang ‘Trading Card Game’ dari game ini. Sangat menghinakan untuk dilihat.”

what a joke of a trading system
byu/ZenGraphics_ inPTCGP

Ramai mengatakan perkara ini sangat toksik dan kegagalan yang besar.

Perkara ini berlaku mungkin disebabkan pembangun PTCGP tidak mahu anda menyalahgunakan sistem trading ini untuk berjual-beli atau dengan akaun yang lain. Ini juga termasuk untuk memastikan orang ramai masih mengeluarkan wang untuk PTCGP.

Setakat ini masih belum ada apa-apa kenyataan dari Creatures Inc. mengenai perkara ini.

RELATED NEWS

+