Pembangun League of Legends dan VALORANT, Riot Games kini membenarkan pasukan e-sukan mereka untuk menerima tajaan daripada syarikat perjudian.
Pengumuman ini dibuat di blog Riot Games oleh John Needham, Presiden Penerbitan & Esukan Riot Games.

Foto: Riot Games
Needham mengatakan banyak pasukan memohon untuk membenarkan tajaan ini. Riot akan mengambil langkah-langkah yang betul untuk memastikan integriti dan pengalaman yang baik buat peminat.

Foto: Riot Games
Blog itu mengatakan data dari Sportradar mempunyai banyak wang taruhan untuk Esukan bagi League of Legends dan VALORANT Champions Tour sehingga mencecah AS$10.7 bilion (RM45.3 bilion) pada tahu lepas sahaja. Tetapi lebih 70% daripada taruhan ini adalah ke pasaran yang tidak berlesen.
Secara tidak langsung selepas perubahan peraturan ini, Riot Games juga akan mendapat sedikit sebanyak wang-wang taruhan yang telah dibuat.
Ramai Tidak Sukakan Keputusan Ini
Seperti dijangka ramai juga pemain marah dengan perkara ini kerana Riot Games seolah-olah melepaskan tangan dan mana-mana pasukan yang mengambil tajaan ini sebaliknya akan diserang oleh orang ramai.
“Kami percaya lebih baik untuk membenarkan tajaan syarikat judi—dengan langkah-langkah yang betul—lebih baik dari membiarkan risiko integriti tidak dipantau,” ujar Needham di laman web Riot.

Foto: Riot Games
Ramai mengatakan perkara ini sangat tidak sihat dan lebih banyak risiko terutamanya kedua-dua permainan mempunyai ramai pemain bawah umur.
Beberapa peminat juga risau dengan kes toksik meningkat, match fixing, ketagihan judi dalam kalangan pemain muda.
Setakat ini Riot Games masih akan meneruskan keputusan yang sama untuk membenarkan tajaan sebegini berlalu.
Esukan telah menjadi satu industri yang mempunyai kewangan yang tidak stabil dan terlalu banyak halangan baharu sejak lepas tahun COVID.
Terlalu banyak wang dimasukkan untuk pulangan yang tidak terjamin.

setahun yang lepas