Roblox mengharamkan username yang mempunyai ’69’

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Roblox kini menjadi viral sekali lagi apabila mereka menukarkan kesemua username pengguna yang mempunyai nombor ’69’.

Pemain-pemain Roblox kecewa apabila mendapat satu notifikasi emel mengatakan username mereka diharamkan tanpa notis atau amaran terlebih dahulu.

My name got banned?
byu/_Protons_ inRobloxHelp

Ramai pengguna berkongsi emel itu dan akaun mereka hilang dan Roblox mengatakan username mereka melanggar peraturan permainan itu.

Username atau nama yang dipaparkan tidak sesuai dan ditukar dengan nama sementara.”

“Saya dipaksa Roblox untuk menukarkan username,”

Pemain yang nama mereka ditukarkan boleh menukarkannya dengan percuma buat kali pertama dan perlu membayar untuk menukarkan username baharu.

Apabila ramai orang mempunyai masalah yang sama, ramai akhirnya tersedar ini semua berlaku kepada username yang mempunyai ’69’ pada nama mereka.

Mujur akaun mereka tidak diharamkan terus sebaliknya diberikan peluang untuk tukar nama mereka supaya kembali mendapat akses ke akaun.

Ramai juga marah dengan perkara ini kerana membuat penukaran yang sangat besar sehingga melibatkan jutaan akaun.

RELATED NEWS

+