Sudah lama Monster Hunter dan Final Fantasy membuat kolaborasi bersama dan kali ini kedua-dua permainan video terkenal ini akan membuat kolaborasi bersama.
Capcom dan Square Enix mengumumkan kolaborasi bersama ini semalam ketika acara Gamescom 2025.
Dalam Monster Hunter Wilds, satu bos baharu dari Final Fantasy akan datang iaitu Omega Planetes iaitu robot interdimensi yang datang ke dunia Monster Hunter sebagai monster baharu.
Anda juga akan mendapat Seikret Chocobo baharu dan Cactuars yang akan berada di dalam map untuk anda cari.
Untuk Final Fantasy XIV pula, Arkveld bakal menjadi monster baharu di dalam permainan itu ditambah dengan mount Seikret dan minion Palico.

Foto: Square Enix | Capcom
Anda perlu lepas satu ujian baru untuk berlawan dengan Arkveld.
Sudah lama kolaborasi sebegini tidak dibuat oleh Capcom dan Square Enix. Kali terakhir kolaborasi bersama dibuat adalah acara ‘The Great Hunt’ yang dibuat beberapa tahun lepas.
Kedua-dua kolaborasi Monster Hunter Wilds x Final Fantasy XIV akan datang September 2025 ini.

setahun yang lepas