SHIFT UP umum Project Spirits permainan dunia terbuka bertemakan fantasi negara timur

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

SHIFT UP kini mengumumkan permainan video baharu mereka.

Sebelum ini digelar Project Witches kini ia rasmi menjadi Project Spirits.

Mereka mengatakan permainan ini akan mengambil banyak konsep fantasi di negara timur.

Foto: SHIFT UP

Mereka juga sedang mencari staf-staf baru untuk Project Spirits ini seperti artis latarbelakang, artis pra-visual, dan penulis skrip.

Antara kelebihan yang dicari oleh SHIFT UP adalah kemahiran penggunaan Unreal Engine 5, pengalaman pelan JRPG atau permainan video gaya anime dan dunia terbuka yang mempunyai peta besar dan dungeons.

Selepas kejayaan Goddess of Victory: NIKKE dan Stellar Blade tidak menghairankan Project Spirits bakal menjadi permainan video besar seterusnya dari mereka.

Nampaknya, permainan video ini bakal menjadi jawapan SHIFT UP untuk menjadi lawan buat Genshin Impact dari HoYoverse.

Masih belum ada apa-apa maklumat lebih mengenai Project Spirits. Nantikan maklumat lanjut dari mereka.

RELATED NEWS

+