Peminat siri adaptasi aksi nyata One Piece di Netflix kini boleh menarik nafas lega selepas pengumuman yang musim kedua kini sudah pun menamatkan penggambaran di Cape Town, Afrika Selatan.
Musim kedua menampilkan pelakon utama dari musim lalu seperti Iñaki Godoy (Luffy), Mackenyu (Zoro), Emily Rudd (Nami), Jacob Romero (Usopp), dan Taz Skylar (Sanji), serta barisan pelakon baru termasuk Charithra Chandran (Miss Wednesday), Joe Manganiello (Mr. 0), Katey Sagal (Dr. Kureha), dan ramai lagi.

Antara watak baru akan diperkenalkan. Foto: Netflix
Berdasarkan manga terlaris Jepun karya Eiichiro Oda, One Piece membawa pengembaraan epik di lautan luas. Monkey D. Luffy, seorang pemuda yang mendambakan kebebasan, memulakan perjalanan berbahaya mencari harta legenda One Piece demi menjadi Raja Lanun! Untuk mencapai impiannya, dia perlu mengumpulkan kru, mendapatkan kapal, mengharungi lautan luas, serta mengatasi ancaman Marin dan musuh licik di setiap langkah.
Buat masa ini, tiada tarikh rasmi pelancaran namun ramai menjangkakan ia akan keluar pada tahun ini atau 2026.

setahun yang lepas