Siri Gosu Community MLBB kini dilancarkan di Malaysia, rebut prizepool 20,000 diamonds

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

GosuGamers kini membawakan Gosu Community Series (GCS) Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) ke Malaysia selepas kejayaannya di Filipina.

Dengan kerjasama MOONTON Games, GCS MLBB MY Cup memberi peluang baharu kepada pemain tempatan untuk bersaing, menonjolkan bakat mereka, dan muncul sebagai bintang e-sukan generasi baharu. Siri kejohanan ini akan berlangsung setiap bulan selama tiga bulan, menampilkan dua format utama: 1v1 dan 5v5.

Terbuka eksklusif kepada pemain di Malaysia, pemenang akan membawa pulang hadiah berupa diamonds MLBB dan diberikan pengiktirafan menerusi saluran rasmi GosuGamers. Platform kejohanan ini dihoskan sepenuhnya melalui GosuBattles, sistem kejohanan milik GosuGamers, yang direka khas untuk memudahkan proses pendaftaran dan pengurusan kejohanan agar pengalaman pemain lebih lancar dan mudah diakses.

Pendaftaran kini dibuka melalui laman GosuBattles.

Menurut Bryan Huang, Pengarah Pertumbuhan dan Strategi GosuGamers, “Selepas sambutan menggalakkan di Filipina, kami sangat teruja untuk memperkenalkan GCS MLBB ke Malaysia. Dengan lebih 72,000 pemain berdaftar di GosuBattles dari seluruh dunia, kami yakin kejohanan ini akan disertai oleh ramai pemain berbakat yang ingin membuktikan kemampuan mereka,” katanya.

GCS MLBB dilihat sebagai platform yang kukuh untuk memperkasakan ekosistem e-sukan peringkat akar umbi di rantau ini.

Fikri Rizal Mahruddin, Ketua Esukan Malaysia di MOONTON Games turut berkongsi keterujaan mereka terhadap kerjasama ini, menyatakan bahawa strategi jangka panjang MLBB memang sentiasa memberi fokus kepada komuniti akar umbi.

GCS menjadi bukti usaha berterusan MOONTON dalam menyediakan ruang kompetitif untuk bakat tempatan bersinar dan membina laluan ke tahap lebih tinggi. Kejohanan 1v1 akan bermula pada 20 April, diikuti dengan kejohanan 5v5 pada 26 April ini. 

RELATED NEWS

+