‘Spider-Man’ ditangkap mencuri kad Pokemon dan TCG lain bernilai RM44 ribu

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Seorang lelaki berpakaian seperti Spider-Man ditangkap kerana mencuri kad Pokemon dan beberapa trading card game (TCG) lain.

Jumlah hasil kecurian kesemua kad-kad itu bernilai lebih AS$10 ribu (RM44 ribu).

Rakaman itu dirakam di kamera litar tertutup kedai Gaming Giant TCG.

Foto: GamingGiantTCG

Jenayah melibatkan kad Pokemon semakin menjadi-jadi di serata dunia.

Malah di Malaysia sendiri pernah mempunyai kes jenayah melibatkan kad Pokemon.

Pada 16 Mac lepas, seorang lelaki berusia 20 tahun bernama Joel Brown memakai pakaian seperti Spider-Man memasuki kedai Gaming Giant di Fairfax, Virginia, Amerika Syarikat dan mencuri lebih AS$ 0 ribu (RM44 ribu) kad seperti Pokemon, Dragon Ball, One Piece dan beberapa TCG lain.

Menurut pemilik Gaming Giant di Facebook, Joel Brown memasuki kedai itu pada minggu yang sama untuk melihat keadaan kedainya dan bertanya mengenai beberapa kad yang mahal.

Dia memecahkan pintu hadapan dan mencuri kad terus dari kedai itu.

Suspek yang ditangkap bakal menghadapi penjara maksima sebanyak 20 tahun jika disabit kesalahan.

Nampaknya tidak semua hero mampu bekerja dengan percuma.

RELATED NEWS

+