Husbando baru Love and Deepspace, Caleb yang memulakan debut pada Januari tahun ini nampaknya membuatkan peminat tidak senang duduk selepas diumumkan akan menerima koleksi myth kedua bagi tahun ini bermula 28 Mac.
Acara Fallen Cosmos ini menampilkan companion X-02 bertemakan superweapon dengan elemen sains fiksyen seperti sut exo dan juga sepasang sayap estetik. Ini juga merupakan pertama kali peminat dapat menyaksikan Caleb dan watak utama (MC) bercium buat pertama kali.
Dari segi penceritaan, kita dapat menyaksikan Caleb berusaha sebaik mungkin untuk tidak berpisah dengan MC namun menghadapi cabaran sukar kerana tugasnya perlu menamatkan riwayat gadis dicintainya itu.
View this post on Instagram
Sama seperti koleksi myth lain, anda perlu mendapatkan kedua-dua memori, Loneroad Unreturned dan Loneroad Together bagi mendapatkan companion ini. Dari segi gameplay, X-02 Caleb dilihat beraksi dengan hebat melalui serangan dari udara dan memanfaatkan penggunaan EVOL graviti sepenuhnya.
View this post on Instagram
Sepanjang acara ini dari 28 Mac hingga 11 April, anda boleh mendapatkan memori Caleb empat bintang dan tiga bintang secara percuma, BGM, chat bubble dan lain-lain.
Mengikut peraturan Wish Gacha ini, anda berupaya mendapatkan satu antara dua memori baru Caleb dengan kadar 50 peratus. Jika anda tidak mendapatkannya dalam 70 pulls, anda akan gerenti dapatkannya dalam 70 pulls seterusnya. Pada 150 pulls, anda boleh menebus crate percuma untuk mendapatkan satu lagi memori untuk unlock companion ini.

setahun yang lepas