Jungler adalah posisi yang sangat penting dalam Honor of Kings. Boleh dikatakan, jika jungler anda tidak hebat dan kurang peka dengan pergerakan musuh, maka susah untuk anda mendominasi lane.
Bagi farm lane, mereka memerlukan gank yang berterusan dan jungler yang bijak mampu memberikan bantuan sekerap mungkin.
Nakoruru antara jungler dari francais SNK yang begitu mudah dimainkan dan pada masa sama memberikan damage yang tidak masuk akal kepada musuh. Jika anda berjaya mendapatkan banyak kills pada awal perlawanan, ia akan mencipta efek snowball sekali gus memudahkan anda untuk one-shot musuh dan mendominasi fasa awal ke pertengahan permainan.
Penulis berkongsi cara mudah untuk bermain Nakoruru dan item build yang diperlukan:
Pasif – Dancing Sword Arts
Sebaik saja anda berjaya mengenakan skill kepada musuh, basic attack seterusnya akan lebih kuat daripada biasa.
Tips – Pasif Nakoruru ini mudah difahami dan ia membuatkan hero ini mampu mengenakan damage yang besar hanya dengan melakukan kombo mudah.
Skill 1 – Amube Yatoro
Nakoruru melancarkan satu serangan dari langit yang bersifat single-target dan mengenakan mark kepada musuh. Jika anda berjaya melakukan follow up damage, maka mark ini akan trigger dan damage tambahan dikenakan.
Tips – Kuasa ini sangat berkesan untuk farming di jungle kerana cooldown yang cepat pulih jika anda berjaya trigger mark. Damage yang tinggi juga membuatkan skill ini efektif ke atas marksman dan midlaner.
Skill 2 – Annu Mutsube
Nakoruru melakukan dash yang boleh dikawal menggunakan analog, mengenakan damage dan dapat recover nyawa jika terkena musuh atau jungler monster.
Tips – Kuasa ini boleh digunakan secara agresif dan pasif. Gunakan secara agresif ketika anda sudah mark musuh dengan kuasa pertama. Mark itu boleh trigger dengan skill ini tanpa perlu gunakana basic attack pun. Ia juga untuk menambah nyawa jadi jika digunakan terhadap musuh dan jungler monster, lebih mudah untuk sustain farming.
Ultimate – Mamahaha Flight
Nakoruru meminta bantuan burung untuk membawanya terbang, menambahkan kelajuan pergerakan namun tidak boleh merentasi dinding. Gunakan sekali lagi untuk mendarat ke arah musuh dan mengurangkan damage mereka.
Tips – Skill ini sesuai digunakan untuk roam dalam peta dengan mudah selepas level 4. Gunakan skill 1 dahulu untuk sasar musuh dan kemudian guna ultimate untuk mendarat. Ketika sedang terbang, kombo 1>3>2>1 mampu melenyapkan musuh dengan cepat.
Mamahaha Flight juga boleh digunakan secara pasif iaitu untuk melarikan diri dari musuh.
ITEM BUILD
Boots of Resistance
Tips – Kasut ini membolehkan anda bertahan lebih lama dalam teamfight terutamanya jika musuh mempunyai komposisi crowd control yang tinggi seperti Liang, Mozi dan Lady Zhen.
Rapacious Bite

Tips – Ia adalah item jungling paling efektif untuk Nakoruru yang memfokuskan kepada damage dan pada masa sama memberikan kelajuan pergerakan dan sedikit cooldown reduction.
Axe of Torment

Tips – Item ini adalah wajib untuk Nakoruru kerana ia mengurniakan physical pierce dan slow kepada musuh. Ia sesuai untuk mengenakan damage tinggi kepada marksman dan mage yang berada di backline. Item ini juga memberikan tiga stats penting iaitu Max HP, cooldown reduction dan Physical Attack.
Siege Breaker

Tips – Selain menambahkan Physical Attack, ia juga membuatkan Nakoruru dapat mengenakan damage lebih sebanyak 30% kepada musuh di bawah nyawa 50%. Disebabkan kombo Nakoruru sangat pedih, item ini akan menambahkan lagi kepedihan itu.
Cuirass of Savagery

Tips – Penulis rasakan, walaupun Nakoruru tinggi dalam serangan namun dia adalah hero yang squishy dan jika terlalu banyak crowd control, sukar untuknya sustain. Justeru item ini sesuai untuk anda kerana empat stats penting (nyawa dan physical defense terutamanya). Selain itu, kombo skill yang cepat membolehkan pasif – Fearless diaktifkan dengan mudah dan stack sebanyak lima kali.
Starbreaker

Tips – Pada late game, tank mempunyai nyawa dan armor yang cukup tinggi jadi item ini sesuai untuk melawan Arthur, Musashi, Augran, Allain atau mana-mana tank dan fighter tank yang menjadi meta sekarang ini. 40% Physical Pierce sangat tinggi untuk menurunkan nyawa tank dengan mudah.
Bagi Arcana pula, letakkan sebanyak 10 Stealth, 10 Eagle Eye dan 10 Mutation untuk tiga stats penting iaitu Physical Attack, Physical Pierce dan kelajuan pergerakan.
SINERGI BERKESAN
Jika anda bermain Daji, pasti ada hero lain yang sesuai untuk kombo pihak musuh. Ini kerana Daji mempunyai daya pertahanan yang lemah dan dengan mudahnya jika ditangkap jika ulti digunakan dengan melulu tanpa melihat backline. Hero-hero ini sesuai untuk digandingkan bersama Nakoruru baik dari segi kombo atau survivability.
Zhuangzi
Hero yang mengawal ikan paus ini sesuai untuk anda kerana ulti yang boleh menghilangkan kesemua crowd control dari rakan-rakan.
Yaria
Pengguna Yaria yang hebat sentiasa boleh memberikan vision menggunakan kuasa pertama untuk melihat musuh dalam semak. Sebagai Nakoruru, ulti Yaria pada anda mampu memberikan perisai yang lebih dan menambahkan survivability anda di medan pertarungan.
Liang
Hero ini mempunyai ultimate yang mampu untuk mengunci pergerakan musuh dan kombo dengan Nakoruru boleh menangkap backline dengan kombo yang pasti tanpa teragak-agak.
COUNTER
Jika anda berhadapan dengan Nakoruru, mudah saja untuk counter.
Gunakan Prince of Lanling sebagai jungler kerana hero ini mampu memberikan damage yang tinggi. Tunggu dahulu Nakoruru menggunakan ulti dan mendarat. Gunakan peluang ini untuk baling dagger dan kemudian ulti>skill 1 untuk output damage yang tinggi.
Musashi juga adalah jungler yang sesuai kerana mampu untuk mengejar Nakoruru atau lock terus jika dia menggunakan ulti ke marksman/midlaner. Musashi juga sesuai dengan build jungler tank dan ini membolehkan anda menepis damage tinggi dari Nakoruru.
Jangan panik jika lihat Nakoruru sedang terbang, sebaliknya cuba elak dan elakkan dari bersendirian kerana Nakoruru dalam teamfight agak kurang menyerlah jika anda bijak menjaga jarak.

setahun yang lepas