Anime terbaru yang akan datang tidak lama lagi Young Ladies Don’t Play Fighting Games telah mengeluarkan trailer hari ini.
Young Ladies Don’t Play Fighting Games adalah adaptasi dari manga yang dibuat oleh Eri Ejima.
Trailer tersebut menunjukkan dua karakter utama Aya Mitsuki dan Mio Yorue bermain Street Fighter 6.
Street Fighter 6 adalah Street Fighter terbaru dari Capcom yang kian semakin popular dan menjadi permainan video lawan utama untuk anime ini.
Anime ini menceritakan Aya yang pergi ke sekolah swasta Kuromi Girl’s Academy.
Tiba di sekolah itu Aya mahu menjadi sehebat Shirayui yang merupakan antara pelajar paling hebat di sekolah itu.
Tetapi Shirayui mempunyai satu rahsia iaitu dia adalah pemain game lawan hardcore, sukakan makian, membuat kombo terhebat dan suka membelasah newbie dalam Street Fighter 6.
Adakah pertemuan dua perempuan ini bakal menjadi satu perlawanan epik diantara mereka?
Anime ini dijangka akan ditayangkan tahun ini tidak lama lagi.

setahun yang lepas