Pasukan terhebat Counter Strike dari serata Asia Pasifik kini bakal digandingkan di pentas berprestij di Shanghai bagi kejohanan ZOWIE eXTREMESLAND CS Asia Open 2024.
Grand final berlangsung hari ini hingga 19 Januari di mana 16 pasukan mewakili rantau APAC akan bertarung. Pasukan-pasukan ini melalui tiga bulan perjalanan menerusi pusingan kelayakan tempatan di mana lebih 1,500 pasukan dan 7,500 pemain sudah pun bertarung merebut slot ini.

Pasukan-pasukan dari Vietnam, Mongolia, Australia, Thailand, China, India, Singapura, Korea, Filipina dan Timur Tengah bakal bertarung merebut hadiah wang tunai terkumpul AS$100,000 (RM450,000).

setahun yang lepas