Amaran keras dari Kerajaan Jepun: Sora 2 milik OpenAI melanggar hak cipta anime

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Kerajaan Jepun baru-baru ini memberikan satu amaran keras ke atas OpenAI kerana melanggar banyak hak cipta disebabkan Sora 2.

Perisian itu adalah model ciptaan video yang baru dilancarkan, tetapi ramai menggunakannya untuk menghasilkan videoAI anime yang melanggar hak cipta.

Dilaporkan oleh ITmedia, Minoru Kuichi, Menteri dalam Negeri bagi Strategi Harta Intelek kini memberi amaran kepada OpenAI untuk tidak membenarkan aktiviti yang melanggar hak cipta.

Ramai orang menggunakan Sora 2 untuk menjana pelbagai jenis video anime.

Sora 2 dilancarkan pada 30 September untuk menawarkan perkhidmatan menjana video-video pendek.

Tetapi keupayaan ini disalahguna oleh orang ramai untuk menghasilkan video anime berdurasi pendek sendiri.

Video di atas menunjukkan pelbagai kompilasi anime dari Dragonball, One Punch Man, Demon Slayer, JoJo dan banyak lagi anime lain yang digunakan di Sora 2.

Berdasarkan laporan rasmi, Menteri Digital Masaaki Taira juga megulas mengenai perkara ini.

“Saya percaya OpenAI perlu mengubah dan mengolah AI Sora 2 supaya mengikut peraturan Jepun,” tambah beliau.

Jika perkara ini berterusan kerajaan Jepun tidak akan teragak-agak untuk menyaman OpenAI.

RELATED NEWS

+