Crunchyroll, sebuah pelantar streaming anime paling besar di dunia bakal menggantikan Aegisub dengan satu perisian AI Israel digelar OOONA.
Aegisub adalah satu peranti terbuka yang digunakan oleh penulis sari kata profesional.
Sebaliknya Crunchyroll menggunakan OOONA yang mempunyai ibu pejabat di Tel Aviv. Syarikat itu menggunakan perisian cloud dari AI untuk membuat terjemahan sari kata anime.
Foto: SugoiLITE
Perkara ini membuatkan ramai pelanggan Crunchyroll marah termasuk staf mereka sendiri.
Menurut SugioLITE, semua staff yang bekerja di Crunchyroll kini terpaksa menggunakan perisian cloud OOONA.
UPDATE: 1ST — subtitling
Majority of subtitling staff work for CR used Aegisub an OSS, but recently been several changes. Everyone now forced to abandon it, switch to cloud-based software. Called “OOONA”, it’s a complete Israeli software. Many staff very upset about decision (+) https://t.co/gH8rIkv53j pic.twitter.com/Kbkgl8Ajpo
— Sugoi LITE (@SugoiLITE) October 2, 2025
Semua anime di Crunchyroll akan menggunakan sari kata dari AI.
Kolaborasi ini juga membuatkan ramai kecewa dengan Crunchyroll kerana sanggup bekerjasama dengan syarikat Israel yang masih membuat kehancuran ke atas rakyat Palestine.
Sebelum ini, Crunchyroll dikecam ramai orang kerana menggunakan ChatGPT untuk sarikata siri anime musim panas tahun ini.

setahun yang lepas