5 Hero Farm Lane Meta – Honor of Kings

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Hero yang berada di posisi Farm Lane antara carry untuk majoriti permainan dalam Honor of Kings (HOK).

Jika hero Farm Lane anda jauh kedepan, musuh tidak akan dapat membuat apa-apa lagi disebabkan mati terlalu cepat.

Walaupun hero sebegini mudah untuk mati jika ditangkap, tetapi beberapa hero Farm Lane mempunyai mobility atau menggunakan item yang mempunyai lifesteal membuatkan lebih sukar untuk anda membunuh mereka.

Kemampuan pemain sendiri untuk sentiasa menjaga jarak juga bakal membuatkan anda sukar untuk membunuh hero Farm lane.

Ini 5 Hero Farm Lane Meta HOK setakat ini:

1. Hou Yi

Cara Menggunakan Hou Yi Honor of Kings, Marksman Sakit di Late Game

Hou Yi adalah hero yang sangat mudah digunakan terutamanya untuk pemain-pemain baru.

Hero yang mesra newbie ini mempunyai kombinasi skill crowd control dan memberi fokus kepada damage.

Ultimate Hou Yi membenarkannya untuk stun musuh atau memulakan war. Boleh digandingkan dengan Dolia yang mampu refresh kembali cooldown ultimate anda.

Selalunya sesiapa yang terkena ultimate ini akan mati dengan cepat sekali disebabkan pasif Chastising Show dan skill Arrow Volley yang digunakan selepas itu.

2. Luara

Honor of Kings: Luara Gameplay

Hero baru pertama untuk HOK Global, Luara adalah hero yang mempunyai sedikit mobiliti dengan skill 1 nya.

Permainan Luara adalah anda perlu mengekalkan jarak dengan mobiliti yang ada dan damage yang berterusan termasuk burst.

Pasif Luara memberikannya movement speed setiap kali mendapat kill atau assist.

Skill 1 juga memberikan mobiliti dan damage tambahan dengan mengeluarkan Serpent Blade yang akan menyerang hero diserang anda.

Ditambah dengan kombo Skill 2 sebagai nuke, Ultimate Luara akan mengenakan damage yang tinggi dan juga blindness.

3. Arli

Wallpaper : Hello Kitty, Honor of Kings, summer, skirt, swimwear, umbrella,  legs, sky, tree trunk, heels 9688x4320 - binshuisha - 2268850 - HD  Wallpapers - WallHere

Arli adalah antara hero marksman paling sukar untuk digunakan kerana mempunyai skill ceiling yang sangat tinggi.

Hero ini adalah antara hero yang paling sukar untuk ditangkap kerana majoriti skillnya adalah untuk teleport kembali kepada payung yang ditinggalkannya menyebabkan Arli sentiasa berada dimana-mana.

Anda boleh mengaktifkan skillnya sekali lagi untuk melompat kembali ke tempat asal. Skill keduanya juga berguna untuk mengelakkan sebarang projectile dibaling ke arahnya.

Majoriti damage Arli adalah dari pasifnya iaitu Falling Leaves dimana setiap 4 stack, stack tersebut akan meletup dan membuatkan musuh lain juga terkena dengan stack itu.

Jika Arli tidak memegang payung, dia akan mendapat 50% movement speed dan mengurangkan masa animasi menyerang sebanyak 10%.

Ultimate Arli juga membolehkan dia menolak musuh lebih jauh kedepan. 

4. Lady Sun

Lady Sun adalah hero marksman yang tangkas dikenali dengan mobilitinya dan juga damage.

Hero ini memerlukan anda menggunakan pasif Energy Burst sepenuhnya iaitu pasif yang membuatkan cooldown skill 1 dikurangkan sebanyak 0.5 saat.

Setiap kali anda menyerang Rolling Raid akan memberikan anda masa untuk sentiasa roll mengejar musuh atau berlari dari musuh.

Skill kedua Sun digunakan untuk memperlahankan musuh supaya anda boleh sentiasa menyerang dengan mudah. Hero ini juga sering digunakan pemain profesional.

Ultimate Sun pula adalah untuk melemahkan musuh terlebih dahulu untuk memudahkan anda menggunakan kesemua skill lain dengan sepenuhnya.

5. Alessio

alessio honor of kings wallpaper | Topic

Alessio adalah hero farm lane jarak jauh yang boleh melompat ke udara untuk damage yang lebih besar.

Pasif Alessio Revellious Little Hawk adalah skill penting untuk dirinya. Skill ini membolehkan basic attack dia menjadi Area of Effect (AoE) dan membuat damage berlebihan mengikut 1% HP maksima musuh.

Skill 1 Alessio menambahkan damagenya untuk 3 basic attack dan mendapat range serangan yang lebih jauh.

Skill 2 membolehkan Alessio untuk melompat ke atas selepas membaling smoke grenade. Ahli pasukan yang berada di dalam AoE asap ini hilang untuk sementara selama 3.5 saat. Smoke Grenade itu juga akan membuat Alessio melambung ke atas.

Ketika ini dia boleh melalui mana-mana bahagian pun di dalam peta. Menggunakan skill 3 dan Skill 2 membolehkan dia berada di atas dengan lebih lama.

Ultimate Alessio membolehkan dia untuk menembak lima peluru serentak ke musuh dengan nuke damage yang tinggi.

Hero Farm Lane mana lagi yang patut jadi meta?

RELATED NEWS

+