Bulan Julai tahun ini didominasi oleh anime-anime yang tidak disangka sebenarnya seronok!
Ini 5 Siri Anime patut tonton Julai 2024:
1. Oshi No Ko Musim ke-2
Oshi No Ko kembali dengan musim ke-2.
Penyambungan cerita Aqua dan Ruby Hoshino yang kini terpaksa mengharungi kesusahan dunia teater.
Aqua masih dalam pencarian pembunuh ibunya dan Ruby kini dalam fasa glamor dalam dunia idol.
2. My Deer Friend Nokotan
Menceritakan Torako Koshi yang menyelamatkan seorang perempuan rusa yang terlekat di tembok elektrik.
Budak rusa itu kemudiannya menjadi pelajar di sekolah dan memperkenalkan diri sebagai Noko Shikanoko.
Hal ini membuatkan Torako sentiasa berada dalam situasi pelik dan tidak masuk akal.
Anime ini juga menjadi viral disebabkan lagu “Shikanoko nokonoko koshitantan”.
3. Wistoria: Wand and Sword
Menceritakan dunia fantasi di mana magis adalah segala-galanya dan individu yang tidak ada kuasa magis dipandang remeh dan hina.
Watak utama Will Serfort bagaimanapun bernasib malang apabila dia tidak dapat menggunakan magis tetapi mempunyai kekuatan luar biasa dan sangat hebat berlawan menggunakan pedang.
Tetapi untuk menunaikan janji semasa kecilnya dia terpaksa membuktikan dirinya mampu untuk menjadi setaraf mages yang lain dan menjadi Magia Vande iaitu anugerah dan gelaran tertinggi untuk seorang pengguna magis.
4. Bye Bye Earth
Dalam dunia yang dipenuhi haiwan berbentuk manusia, Belle Lablac adalah satu-satunya manusia yang wujud di dalam dunianya.
Tanpa taring, bulu mahupun sisik, dia kini dalam pengembaraan untuk mencari asal usulnya.
5. Fairy Tail 100 Years Quest
Sambungan cerita Fairy Tail di mana Natsu dan rakan-rakan kini akan melaksanakan satu misi yang paling sukar dan tidak pernah dilakukan oleh mana-mana penggua magis di dunia.
Natsu dan rakan kini terpaksa mengalahkan 5 God Dragon dan hanya diberikan masa 100 tahun sahaja.
Apa lagi anime bulan ini yang patut ditonton?

setahun yang lepas