Concord di pelantar PC sangat tidak memberangsangkan kepada PlayStation dan dilihat gagal ketika pelancaran.
Permainan ini dikatakan dibina dalam masa lapan tahun dan hanya mempunyai 700 pemain sahaja paling ramai setakat ini di Steam.
Jumlah pemain paling ramai hanya 697 pemain sahaja.

Nombor ini pula kian menurun kerana pemain tidak mahu mencuba permainan ini.
Antara sebab mereka tidak mencuba permainan ini adalah disebabkan Concord perlu dibeli dengan harga AS$40 (RM169) dan beberapa kontroversi lain yang dikatakan mempunyai banyak agenda DEI (Diversity, equity and inclusion).
Hanya beberapa ratus orang sahaja yang masih bermain permainan ini.
Rekaan karakter dalam Concord juga tidak menarik perhatian ramai orang dan ramai mengatakan ia sangat buruk.
Malah permainan ini juga menunjukkan prestasi lebih buruk dari Suicide Squad: Kill the Justice League dan Redfall.
Mengejutkan juga kerana Concord sebenarnya diterima dengan baik terutama untuk orang yang bermainnya dan kini mempunyai Mostly Positive review di Steam.

Mungkin para gamer sudah tidak mahu lagi bermain hero shooter dan kenapa perlu beli jika Overwatch 2 percuma sahaja?

setahun yang lepas