Survive The Fall adalah permainan video baharu dengan elemen aksi, pembinaan dan penerokaan

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Angry Bulls Studio dan Toplitz Productions mempersembahkan Survive The Fall, gabungan aksi isometrik, penerokaan dunia terbuka, pertempuran taktikal, dan pembinaan pangkalan yang bakal dilancarkan di PC pada pertengahan tahun ini.

Terokai dunia yang dilanda bencana misteri, ketuai pasukan dan bertahan dengan mengumpul sumber serta membina pangkalan. Pertempuran menawarkan aksi pantas dengan elemen penyamaran dan taktikal untuk strategi yang lebih berkesan.

Rekrut mangsa lain dan kembangkan kem anda dengan lebih 30 jenis kemudahan, termasuk pusat penyelidikan dan bengkel senjata. Layari halaman Steam rasmi untuk maklumat lanjut dan nantikan pengumuman tarikh pelancaran!

RELATED NEWS

+