Hirogami dibangunkanBandai Namco Studios Singapura dan diterbitkan oleh Kakehashi Games.
Ia adalah permainan video 3D Pelantar Aksi dengan tema origami.
Permainan ini menceritakan dunia Origami World yang dilanda raksasa digital digelar Blight.
Anda sebagai Hiro yang juga seorang yang hebat dalam teknik pelipatan origami perlu menyelamatkan dunia.

Foto: State of Play
Dalam permainan ini anda boleh bertukar menjadi pelbagai jenis origami dengan kuasa unik tersendiri. Sebagai contoh untuk melompat ke tempat lebih tinggi, anda boleh bertukar menjadi origami katak. Anda juga boleh bertukar menjadi origami Gorilla untuk mendapatkan kekuatan Gorilla.
Banyak teka-teki anda perlu selesaikan dengan pelbagai jenis origami.
Hirogami akan dilancarkan pada 3 September ini di Steam dan PlayStation 5.

setahun yang lepas