PLANETA pembangun dari Tokyo yang pernah menjadi salah satu pembangun Pokemon Scarlet/Violet mengumumkan Fruitimo!
Anda akan bermain sebagai Vimita bersama dengan beg robotnya Grandpa dalam pengembaraan untuk mengumpul pelbagai buah-buahan gergasi.
Dalam dunia ini anda akan mengembara di taman tema Kajune Land yang penuh misteri dan mempunyai pelbagai jenis buah-buahan gergasi.

Foto: PLANETA
Dari sungai air jus, bukit-bukit sherbet, dron, robot dan juga gelongsor yang sangat panjang dan besar.

Foto: PLANETA
Kajune Land mempunyai pelbagai jenis buah-buahan gergasi di serata taman tema.

Foto:PLANETA
Vimita dan Grandpa perlu bekerjasama untuk mengumpul buah-buahan ini dengan membaling jeli, menyedut buah dan membuat quest untuk mencari pelbagai jenis hidangan sedap.
Fruitimo! akan dilancarkan di pelantar PC di Steam pada September ini.

setahun yang lepas