Seorang lelaki menyatakan niatnya untuk membeli Steam Deck dengan hanya menggunakan wang dari penjualan trading card Steam.
Selepas menjual lebih 20,000 kad, dia akhirnya berjaya untuk membeli sebuah Steam Deck.
Ringler dikenali ramai dalam komuniti Super Smash Bros. kompetitif.
My goal is to buy a steam deck entirely with trading cards
— The Soverign Netizen (@Ringler_SSBM) February 3, 2025
Disebabkan satu ciapan ini, ribuan orang ramai memberinya trading card Steam yang tidak dimahukan kepadanya.
Untuk pengetahuan, Steam trading card selalunya langsung tidak bernilai dan adalah sangat sukar untuk mencari kad-kad yang bernilai lebih dari RM 40 sen kerana majoriti kad-kad yang wujud hanya beharga RM0.01-0.20 sen sahaja.
Untuk membeli Steam Deck, Ringler perlu menjual jumlah trading card Steam dengan sangat-sangat banyak.
LETS GOOOOO WE CROSSED THE PRICE FOR THE BASE MODEL
Heading to the gym for a bit (incline bench and zercher squats) but when I’m back I’ll be catching up with dms/thanking people
Steam makes trade history pretty easy so I can to have a big thank you post or something cooler pic.twitter.com/Pc2EW0DG3g— The Soverign Netizen (@Ringler_SSBM) February 5, 2025
Disebabkan jumlah kad yang terlalu banyak, dia terpaksa menggunakan proses automatik untuk menerima trade dan menjual kad.
Ringler juga mengatakan dia terpaksa memperlahankan proses ini kerana takut akaunnya ditutup oleh Steam akibat menggunakan bot.
UPDATE 7: FUCK https://t.co/taMCYff9t7 pic.twitter.com/9izCYn9HhB
— The Soverign Netizen (@Ringler_SSBM) February 6, 2025
Dia akhirnya berjaya mengumpul AS$650 (RM2906) selepas menjual 20,000 ribu Steam trading card sahaja.
Dengan jumlah wang ini dia bukan sahaja boleh membeli Steam Deck tetapi Steam Deck dengan 1TB storan dengan OLED.
Ringler memberitahu dia tidak menyangka niatnya hanya mahu bermain Binding of Isaac dari katil menjadi salah satu crowdfund paling kompleks.

setahun yang lepas