Sejak beberapa minggu lepas Steam dan itch.io dalam fasa membuang kesemua permainan video dewasa untuk menjawab desakan dari syarikat pembayaran kad seperti Visa dan Mastercard.
Disebabkan ini ramai gamer telah marah bukan disebabkan kandungan yang dibuang tetapi penapisan kandungan yang bakal menjadi lebih teruk pada masa akan datang nanti.
Beberapa gamer kini telah membuat bantahan dengan menelefon dan menghantar emel kepada Visa dan Mastercard.

Foto: Sassy Chap Games
Kejadian ini bermula apabila satu surat terbuka dari Collective Shout memberitahu syarikat kad ini “menyokong” pembelian permainan video yang mempunyai genre rogol, sumbang mahram
Kedua-dua syarikat besar ini telah menjadi sasaran kerana mahu mengelak syarikat sebegini mempunyai kuasa untuk menghalang gamer dari membeli permainan video tidak mengira genre hanya kerana satu syarikat merasakan permainan itu tidak sesuai untuk umum.
Visa dan Mastercard telah mengeluarkan peraturan baru tetapi peraturan yang ditulis adalah tidak jelas sekaligus memberi kuasa besar buat kedua syarikat ini untuk menghalang apa-apa yang mereka mahukan.
Emel boleh diendahkankan tetapi menelefon perkhidmatan pelanggan boleh membuatkan pelanggan lain terpaksa menunggu dengan lebih lama.
Satu ciapan di Reddit oleh r/KaedeSunshine mengatakan perkhidmatan pelanggan kini sedar akan perkara ini dan bakal menjadi isu yang besar buat Visa dan Mastercard.
Just called Visa, I would encourage others to do the same but make sure to be respectful.
byu/KaedeSunshine inSteam
Mengharamkan kandungan seksual selalunya akan menyebabkan kandungan lain yang tidak berkaitan juga dihalang.
Ramai juga berpesan bahawa orang yang bekerja dalam perkhidmatan pelanggan tidak salah dalam perkara ini. Keputusan ini dibuat oleh orang atasan Visa dan Mastercard.

setahun yang lepas