Follow kami di WhatsApp, Instagram dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!
Final Fantasy XVI kini tersedia di PC menerusi platform Steam dan Epic Games Store. Final Fantasy XVI Complete Edition yang juga termasuk DLC “Echoes of the Fallen” dan “The Rising Tide” dijual dengan harga diskaun (RM299) juga tersedia untuk PC.
Dengan harga RM209, anda akan mendapatkan versi asal permainan ini manakala DLC boleh juga dibeli berasingan masing-masing dengan harga RM81 dan RM40 manakala Expansion Pass pula RM102.
Permainan video ini memperkenalkan pemain dengan kisah standalone dalam dunia Final Fantasy. Kali ini, ia memfokuskan kepada pengembaraan epic dark fantasy berlaku di dunia Valisthea yang diberkati dengan cahaya Mothercrystals namun kini dalam bahaya dengan ancaman Blight.
Foto: Square Enix

setahun yang lepas