Peminat Pokemon dan Palworld sudah pasti perlu mencuba permainan dunia terbuka percuma ini.
Digelar Aniimo pemain boleh mengembara di dunia untuk mengumpul dan menggabungkan makhluk yang digelar Aniimo.
Pemain boleh mendapat kuasa unik Aniimo di dunia dan mencari Aniimo baharu di dalam dunia yang digelar Idyll.

Foto: Pawprint Studio
Anda juga boleh menggunaan Aniimo untuk berlawan, membersar dan evolve untuk menjadi lebih kuat.

Foto: Pawprint Studio
Terdapat satu fungsi mekanik baharu digelar “Twining” di mana anda boleh menggabungkan dua Aniimo. Pelbagai jenis tempat dengan pelbagai jenis misteri perlu dirungkai oleh anda dan Aniimo anda nanti.
Anda perlu membuat penyelidikan sendiri untuk mendapatkan lebih banyak kuasa baharu.

Foto: Pawprint Studio
Aniimo secara percuma akan dilancarkan di Xbox Series, PC,iOS dan Android dan dijangka akan dilancarkan tahun 2026 ini.
Buat pemain di PC Aniimo akan membuka ujian beta tidak lama lagi.

setahun yang lepas