Liga Pembangunan MLBB (MDL) ID musim keenam antara kejohanan sulung yang menggunakan format global ban di permainan mudah alih itu.
Peraturan ini menyatakan bahawa setiap pasukan hanya boleh menggunakan seorang hero hanya sekali dalam satu siri, kecuali dalam permainan terakhir bagi siri best of 7. Hero yang sudah digunakan oleh pasukan akan automatik tidak boleh digunakan lagi untuk baki siri itu, tetapi masih boleh dipilih oleh pihak lawan sekiranya mereka belum menggunakannya.
Peraturan ini dijangka akan mengubah cara pasukan melakukan drafting dan pemain juga perlu meningkatkan hero pool dan pengetahuan mendalam tentang hero itu. Sebanyak 30 hero akan dapat disaksikan dalam satu siri best of 3.
Berdasarkan rekod dari kejohanan dunia M6 dan Liga Profesional (MPL) Filipina musim ke-15 baru-baru ini, rata-rata penggunaan hero adalah serupa.
Bagi sebuah liga profesional, adakah wajar untuk diterapkan format ini di MPL? Penulis bertanyakan kepada beberapa pengulas MLBB mengenainya:
Sunfrost

Foto: Liquipedia
“Pendapat saya mengenai global ban pick system ini merupakan satu alternatif yang sudah boleh diambil oleh MPL lebih-lebih lagi bagi mengubah arus dominasi arena MLBB yang hanya bergerak searah ini.
“Berdasarkan pemerhatian saya, patch sekarang sememangnya stabil untuk menggunakan pelbagai-bagai META tetapi kebanyakan pasukan kompetitif memilih meta yang sama sahaja atas dasar keselesaan dan mudah untuk dilaksanakan. Jadi disini mungkin kita sudah boleh memulakan langkah untuk memaksa mereka keluar dari zon selesa serta menambah tarikan bagi permainan MLBB ini,”
HusKKiee

Foto: AMXSNAPS / Instagram
“Bagi format global ban ini, beberapa faktor perlu diambil kira antaranya, bilangan hero, bilangan hero yang boleh dimainkan tanpa mengorbankan dasar permainan itu, hero dipilih tidak terlalu kuat dari hero perlawanan sebelumnya dan setiap pasukan bersedia terima cara drafting baru.
“Jika semua ini diambil kira, saya rasa ia akan membawakan pelbagai meta dalam permainan. Meta akan jadi lebih ‘segar’ dan fleksibel dan format ini sangat sesuai untuk arena kompetitif seperti MPL. Untuk dimasukkan dalam MLBB bukannya mudah tapi saya suka dengan keseluruhan pengenalan sistem ini,”
ReezPiuPiu

Foto: Reezpiupiu (Instagram)
“Global Ban & Pick ini boleh buat drafting dalam MPL jadi lebih menarik sebab team kena lebih kreatif dan tak boleh terlalu bergantung kepada hero tertentu. Secara tak langsung, dapat bagi peluang kepada hero yang jarang masuk meta untuk lebih menonjol.
“Tapi dalam masa yang sama, team yang hero pool dia terhad mungkin akan struggle sebab susah nak adaptasi. Meta pun boleh jadi lebih cepat berubah, jadi kena selalu update strategi. Drafting pun mungkin jadi lebih rumit sebab banyak benda nak kena fikir.
“Kalau nak cuba dalam MPL, mungkin boleh mula dengan playoffs dulu. Dari situ, boleh tengok sama ada sistem ini bagi kesan positif atau sebenarnya lebih banyak masalah,”
Sith

Foto: Super.sith (Instagram)
“Global ban ini best sbb nampak kepelbagaian hero. Cuma sebab sistem MLBB itu sendiri tiada global ban, jadi dia agak renyah. Misal kata, terpilih hero yang sudah dipilih dalam perlawanan sebelumnya, kena mula balik dari awal,”
Mars

Foto: Liquipedia
“Global ban Ini sebenarnya bagus untuk mempelbagaikan gameplay dan meta semasa. Ya kita memang sedia maklum patch MLBB berubah-ubah mengikut masa, dan akan ada sesetengah hero atau cara permainan akan menjadi lebih efektif untuk patch tertentu. Tapi pada pendapat saya, sekiranya global ban dilaksanakan dalam MPL, ia secara tidak langsung akan menjadikan pemain profesional lebih bersedia dan tidak hanya bermain dengan meta yang mereka selesa.
“Para jurulatih dan analis juga akan perlu untuk menjadi lebih kreatif bagi menyusun stratergi yang berbeza-beza. Bagi saya, mungkin pada awalnya akan ada banyak pihak akan berasa susah untuk implimentasi global ban, namun alah bisa, tegal biasa, perubahan harus dilaksanakan bagi kita memupuk lebih banyak pemain, jurulatih, dan analis yang kreatif dan mempunyai daya pemikiran tinggi.
“Pandangan saya, kita lebih pada mampu untuk melaksanakan global ban memandangkan hero yang ada dalam MLBB sudah pun mencecah 127, berbanding game genre lain yang sudah pun melaksanakan format global ban, yang mempunyai jumlah karakter lebih kurang sama.
“Sebelum ini, di Malaysia, hanya pertandingan MLBB wanita sahaja yang pernah melaksanakan global ban. Kita perlukan pilot test, untuk melihat keberkesanan global ban ini di tahap yang mana,”
Honor of Kings guna global ban secara meluas di kejohanan kompetitif mereka, KPL dan kemudian Honor of Kings Invitational S3
Global ban adalah salah satu format yang digunakan secara meluas di Honor of Kings versi China, menerusi kejohanan berprestij mereka iaitu Kings Premier League (KPL) pada tahun 2018.
Format ini kemudiannya diubah dan disesuaikan mengikut kejohanan diadakan. Di Honor of Kings Invitational musim ketiga baru-baru ini, ia adalah kali pertama format Global Ban digunakan untuk HOK versi global.
Bagaimana HOK melaksanakan format ini?
🔥Global Ban & Pick rules are in #HOKInvitationalS3!
Watch your favorite teams adapt and outsmart each other on stage fight for honor!
📅 Feb 21st – Mar 1st 14:00 GMT +8
🇵🇭 SM North Edsa, Manila, Philippines
⚔ 12 Global Top HOK teamsPlay Honor of Kings now!
🔗… pic.twitter.com/FHxPfYCkbG— HoK Global Esports (@HoKEsports) January 22, 2025
Melalui format ini, setiap pasukan dilarang menggunakan hero yang sama bagi setiap game. Contohnya, jika Nuwa digunakan pada game 1 oleh pasukan A, mereka tidak boleh menggunakannya lagi sehingga siri perlawanan tamat. Namun, pasukan B boleh menggunakannya di game kedua, dan kemudian tidak boleh gunakan lagi di game 3 dan seterusnya.
Ini bermakna, setiap pemain perlu sekurang-kurangnya mahir menggunakan enam hero berbeza jika game dimainkan dalam format best of 7.
Hero-hero sudah digunakan akan automatiknya dikenakan ban dan jurulatih hanya perlu ban hero belum digunakan dalam perlawanan sebelumnya.
Di game ketujuh, format Ultimate Battle digunakan dan pasukan A dan B boleh gunakan hero serupa (normal 5V5) dengan tiada ban dikenakan. Jurulatih mempunyai masa selama tiga minit menentukan lineup hero dan spell akan digunakan.
Di HOK Invitational S3, pasukan NOVA Esports dari Malaysia bermain sekurang-kurangnya 14 game di peringkat semi final termasuk grand final dan dua kali ultimate battle. Ini sekali gus menunjukkan betapa luasnya penggunaan hero oleh kedua-dua pasukan, NOVA dan Nongshim RedForce.
View this post on Instagram

setahun yang lepas