Hanya kerana isyarat jari mencubit, Shift Up pembangun Goddess of Victory: NIKKE dan Stellar Blade dilanda kontroversi tidak disangka.
Pengarah Shift Up Hyungsuk Yoo juga telah memesan mereka tidak akan bertoleransi kepada sesiapa sahaja yang mahu menyebarkan kebencian ke dalam NIKKE.
Semua ini bermula apabila satu artwork menyambut ulangtahun ke-tiga NIKKE tersangkut paut dengan konspirasi dalam talian yang melibatkan isyarat tangan mencubit yang dipercayai ramai lelaki Korea Selatan isyarat itu mengejek saiz kemaluan mereka.
Isyarat itu muncul di tangan kanan Nikke Rapi dan tangan kiri Nikke Anis.
Gambar sebelum:

Foto: Shift Up
Gambar selepas:

Foto: Shift Up
Pada Ogos lepas, Goddess of Victory: NIKKE telah menyambut hari ke seribu dengan satu hasil seni khas
Malah bukan NIKKE sahaja yang terkena, syarikat Apple baru-baru ini juga terpaksa membuang insyarat jari mencubit dalam salah satu iklan iPhone Air mereka.

Foto: Threads
Gambar sambutan itu telah dikemaskinikan dengan tangan Rapi dan Anis tidak membuat isyarat “Tangan Ketam”.
Menurut lelaki di Korea Selatan, ini adalah konspirasi pergerakan feminis di Korea Selatan. Hal ini membuatkan banyak syarikat menukarkan hasil seni mereka.
Malah dalam poster dari Nikke kedudukan jari itu tidak berniat langsung untuk mengejek sesiapa dan tidaklah menunjukkan isyarat mencubit.
Difahamkan pemain-pemain Nikke dari Korea Selatan telah mendapat ganjaran permohonan maaf daripada Shift Up.

setahun yang lepas