Hideo Kojima baru-baru ini mengatakan dia mempunyai satu USB yang mempunyai ‘wasiat’ untuk staf-stafnya selepas meninggal.
Jika anda seorang gamer tegar, sangatlah mustahil jika anda tidak pernah mendengar nama Hideo Kojima yang telah membuat Metal Gear Solid pada tahun 1998.
Death Stranding 2: One The Beach juga bakal menjadi satu tumpuan besar buat ramai orang dalam industri permainan video.
Dalam temuduga berasma Edge Magazine, Hideo Kojima mengatakan dia mempunyai satu USB yang mempunyai idea-idea untuk Kojima Productions gunakan walaupun selepas dia telah meninggal.
Hideo Kojima kini telah berumur 61 tahun dan mengatakan pandemik telah membuka matanya mengenai kesihatan beliau.
“Saya akan memberi satu USB dengan kesemua idea saya kepada pembantu peribadi saya, sama seperti wasiat.” ujar Hideo Kojima.

setahun yang lepas