Kolaborasi komik Teenage Mutant Ninja Turtles x Naruto

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Teenage Mutant Ninja Turtles (TMNT) dan Naruto bakal mengadakan kolaborasi.

Ia adalah usahasama diantara IDW Publishing dan Viz Media.

Image

Gambar Ilustrasi oleh IDW Publishing dan Viz Media

Sebanyak empat siri isu akan lancarkan untuk kolaborasi ini dan ditulis oleh Caleb Goellner (Sonic the Hedgehog) dan ilustrasi oleh Hendry Prasetya (Mighty Morphin Power Rangers) dan warna dari Raul Angulo (NYX) dan Abjad dari Ed Dukeshire (The Woods).

Kali ini anda akan melihat hero ninja penyu yang akan berjumpa dengan Musang Ekor Sembilan.

Cerita komik ini bermula apabila April O’Neil seorang wartawan yang bertemu Tsunade Hokage Hidden Leaf Village secara rahsia.

Image

Hal ini menarik perhatian Naruto, Sasuke, Sakura dan Kakashi. Mereka bukan sahaja menjadi topik perbincangan tetapi Foot Clan yang muncul di Konoha untuk mencari informasi penting mengenai penyelidikan mutasi.

April bersama-sama ahli TMNT kini bakal bekerjasama dengan Team 7 untuk berlawan dengan Foot Clan.

Komik ini dijangka akan dilancarkan pada 13 November ini.

RELATED NEWS

+