Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) kini diumumkan sebagai acara berpingat di Sukan Asia 2026 seperti diumumkan oleh Majlis Olimpik Asia pada 22 Februari. Ini adalah kali pertama MLBB dipertandingkan di temasya itu."> Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) kini diumumkan sebagai acara berpingat di Sukan Asia 2026 seperti diumumkan oleh Majlis Olimpik Asia pada 22 Februari. Ini adalah kali pertama MLBB dipertandingkan di temasya itu." /> Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) kini diumumkan sebagai acara berpingat di Sukan Asia 2026 seperti diumumkan oleh Majlis Olimpik Asia pada 22 Februari. Ini adalah kali pertama MLBB dipertandingkan di temasya itu." />

MLBB dipertandingkan sebagai acara berpingat di Sukan Asia 2026

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) kini diumumkan sebagai acara berpingat di Sukan Asia 2026 seperti diumumkan oleh Majlis Olimpik Asia pada 22 Februari. Ini adalah kali pertama MLBB dipertandingkan di temasya itu.

Sukan Asia ialah kejohanan sukan terbesar di Asia yang diadakan setiap empat tahun. Esukan mula diperkenalkan sebagai sukan demonstrasi di Sukan Asia 2018 di Jakarta-Palembang sebelum dijadikan acara berpingat di Hangzhou, China 2023. Edisi ke-20 Sukan Asia akan berlangsung di Nachi-Nagoya, Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.

Ray Ng, Ketua Ekosistem Esports MOONTON Games, berkata bahawa penyertaan MLBB dalam Sukan Asia 2026 membuktikan kepentingannya dalam arena kompetitif global serta peranannya dalam menyatukan komuniti melalui sukan elektronik.

Selain Sukan Asia, MLBB juga akan menjadi acara utama esports di Sukan SEA ke-33 di Thailand pada Disember ini, dengan kategori lelaki dan wanita dipertandingkan. Pada edisi sebelumnya di Kemboja, MLBB mencatat sejarah sebagai acara esukan paling banyak ditonton dalam Sukan SEA, dengan lebih 1.4 juta tontonan serentak bagi kategori lelaki dan wanita.

RELATED NEWS

+