MPL Malaysia akan beralih ke liga francais

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia nampaknya akan mengikut hala tuju Indonesia dan Filipina selepas mengumumkan akan beralih ke format liga francais.

Dalam satu temubual bersama media, Ketua Pembangunanan Perniagaan dan Pemasaran MOONTON Games, Fikri Rizal Mahruddin memperincikan hala tuju liga itu.

“Kami sedang dalam pertimbangan secara mendalam untuk beralih ke format liga francais pada masa depan.

“Ini bagi meningkatkan lagi arena kompetitif MPL Malaysia untuk ke tahap seterusnya yang sentiasa menjadi keutamaan kami.

“Namun, buat masa ini kami belum mempunyai keputusan muktamad. Tapi selepas melihat kedua-dua liga dari negara jiran (yang menggunakan model francais) yang mana mereka mengutamakan ekosistem lebih berstruktur dan mampan untuk atlet, kami percaya ia akan bawa Malaysia ke tahap seterusnya.

Untuk bergerak ke arah model francais, kami perlu melihat pertumbuhan jangka panjang. Bukan sahaja dari segi liga tempatan, tetapi juga dari segi kemampuan pasukan bersaing di peringkat dunia,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Fikri juga menyatakan penjualan tiket RM10 dapat meningkatkan pengalaman penonton di Stadium Juara.

“Pengenalan tiket berbayar ini adalah untuk meningkatkan pengalaman peminat, selain memastikan mereka dapat menikmati infrastruktur lebih baik dan menonton sebuah liga yang menghiburkan,” katanya.

MPL Malaysia musim ke-15 akan bermula pada 19 April ini, bertempat di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

RELATED NEWS

+