MPL: SRG terus cemerlang tanpa kekalahan, Homebois jadi pencabar utama kejuaraan

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Selangor Red Giants OG Esports (SRG) terus mempamerkan dominasi dalam MPL Malaysia Musim Ke-15 selepas mengekalkan rekod tanpa kalah selama tiga minggu berturut-turut.

Kemenangan bersih 2-0 ke atas TODAK melonjakkan mereka ke puncak carta liga dengan lapan perlawanan tanpa kekalahan, dan kini hanya memerlukan satu lagi kemenangan 2-0 untuk layak ke peringkat Playoffs serta terus menghampiri impian menjulang MPL Immortal Cup musim ini. Mid Laner, Hazziq “Stormie” Rizwan menyerlah dengan penggunaan hero Kimmy buat pertama kali dipertontonkan di MPL Malaysia sejak revamp sekaligus meraih gelaran MVP.

Selain kemenangan itu, SRG turut meraikan pencapaian Muhammad “YumS” Suhairi yang kini memegang rekod tertinggi assist dalam sejarah MPL Malaysia, melepasi angka 2,000 sejak penampilan sulungnya pada 2021. Aksi menentang bekas pasukannya, TODAK, menjadi detik bersejarah apabila beliau mencatatkan 2,006 assist, mengatasi rekod terdahulu milik Xorn dari Team Vamos. Perlawanan SRG menentang TODAK menjadi tumpuan kerana kedua-dua pasukan adalah wakil Malaysia di peringkat antarabangsa—SRG menjuarai WEC 2024 namun menarik diri dari kelayakan WEC 2025, membuka ruang kepada TODAK sebagai wakil baharu negara.

Sementara itu, Homebois (HB) turut menyerlah apabila mencatat kemenangan keempat berturut-turut selepas menewaskan Team Rey 2-0. Dengan hanya satu game kalah musim ini, HB dilihat semakin mengukuhkan status sebagai pencabar utama kejuaraan. Gabungan mantap Gold Laner, Melqt, dan Mid Laner, Izanami, membuktikan keberkesanan strategi pasukan. Di tempat ketiga, Team Vamos (VMS) menunjukkan kebangkitan dengan dua kemenangan penting minggu ini, termasuk aksi taktikal menentang DX Soul dan Monster Vicious, hasil kawalan permainan yang kemas oleh Chibi menggunakan hero Ling.x  

Minggu Keempat dijangka penuh dengan pertembungan menarik apabila HB, TODAK dan VMS bertemu dalam mini round-robin yang bakal menentukan kedudukan pencabar utama. TODAK, yang berada di kedudukan kelima, berpeluang membuktikan keupayaan mereka sebagai wakil WEC 2025 selepas prestasi tidak konsisten. Keputusan minggu ini bakal menentukan sama ada SRG mampu menjarakkan mata daripada pesaing terdekat atau sekadar mengekalkan kedudukan sedia ada.

RELATED NEWS

+