Satu bandar di Jepun keluarkan undang-undang had masa screen time ke 2 jam sehari

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Satu bandar di Jepun dengan nama Toyoake kini mahu mengehadkan penduduk di bandar itu dari menggunakan peranti termasuk tablet, telefon pintar dan mengehadkan penggunaannya kepada dua jam sahaja.

Masalah screentime menjadi salah satu kerisauan terutamanya dalam dunia sosial media ini.

Toyoake yang berada di Wilayah Aichi hanya mempunyai populasi seramai 70,000 penduduk sahaja.

Digelar ‘Ordinan Mengenai Promosi Penggunaan Sesuai untuk Telefon Pintar dan Bersamaan’ yang akan mengehadkan semua pengguna tidak mengira umur kepada dua jam sehari.

Foto: Expedia

Draf terawal mengatakan pengguna kanak-kanak tidak dibenarkan menggunakan barangan elektronik pada jam 9 malam ke atas dan remaja dibenarkan menggunakan barangan elektronik sehingga jam 10 malam.

Masa seperti bermain permainan video dan pengunaan PC juga akan dikurangkan.

Laporan dari SoraNews24 mengatakan penggunaan peranti-peranti ini akan mengganggu kehidupan harian seterusnya memberi impak kepada kesihatan dan mengurangkan percakapan diantara keluarga.

RELATED NEWS

+