Satu sekolah di Jepun guna Silent Hill P.T. untuk mengajar Bahasa Inggeris

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Seorang guru dari Jepun telah mencuba cara yang sedikit lain daripada lain untuk mengajar Bahasa Inggeris (BI).

Dia menggunakan Silent Hill P.T. untuk memberi pelajar peluang untuk menggunakan BI yang realistik buat semua pelajarnya.

Sekolah itu ialah Niigata Prefectural Tsunan Secondary School.

Setiap pelajar akan berlatih menggunaan BI mengikut permainan itu. Dalam Silent Hill P.T pelajar perlu bergerak membawa arahan mudah, berjalan di dalam game dan menjawab telefon.

Foto: Tsunan Secondary School

Ketika aktiviti berlangsung, guru tersebut akan pause di beberapa babak dan menyoal pelajar apa yang perlu dibuat seterusnya.

Sudah semestinya disebabkan ini Silent Hill P.T., babak terkejut juga ada dan ramai pelajar yang terkejut terutama ketika babak telefon berbunyi.

Semua pelajar tetap berseronok dengan penggunaan BI dalam game itu.

Walaupun Silent Hill P.T. bukan permainan yang siap, tetapi penggunaannya untuk belajar bahasa inggeris menarik minat pelajar di Jepun.

RELATED NEWS

+