Rooster Fighter akhirnya menerima adaptasi anime yang akan ditayangkan di Adult Swim dan pelantar stream yang lain.
Berasal dari pelukis manga Shu Sakuratani, anime ini menceritakan Keiji, seekor ayam mutant dengan kuasa superstrength perlu mempertahankan bumi dari raksasa digelar Demon.
Keiji bukan sekadar ayam biasa kerana dia adalah benteng terakhir bagi umat manusia. Tidak kira jika musuhnya adalah setinggi sepuluh tingkat bangunan, dia akan mengeluarkan jeritan hebat Kokekokko!
Pengumuman tayangan anime ini masih belum diumumkan.


setahun yang lepas