Janna Nick, Hairul Azreen, Hun Haqeem pelengkap trio MLBB 515

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Permainan peranti mudah alih Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) cukup popular di kalangan remaja mahupun golongan dewasa.

Terkini, Janna Nick memuat naik satu video pendek di laman Instagram rasminya. 

Dia terpilih menjadi karakter yang digemari ramai iaitu Wan Wan untuk projek animasi M-World Animation.

Bagi tontonan video penuh, Janna menyatakan ia akan diumumkan pada 17 April ini.

Untuk pengetahuan umum, Hairul Azreen dan Hun Haqeem juga terlibat sama di dalam projek animasi ini.

Hairul akan memainkan watak Yin manakala Hun sebagai Ling. Mereka berdua akan menjadi pelengkap trio MLBB 515.

Sumber: Jannanick

Foto: Utusan Malaysia

RELATED NEWS

+