Roadmap MLBB untuk tahun 2025 – M7 World Championship Januari 2026

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

MOONTON Games hari ini mengumumkan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) 2025 Esports Roadmap di M6 Summit Malaysia.

Edisi ketiga persidangan ini menunjukkan banyak acara kompetitif sepanjang tahun untuk MLBB.

Foto: MOONTON

MOONTON Games juga mengumumkan dua pertandingan antarabangsa iaitu MLBB Mid Season Cup (MSC) dan M Series yang akan kembali.

MSC akan dianjurkan pada pertengahan Julai sehingga awal Ogos 2025.

Manakala M7 World Championship akan kembali pada Januari 2026.

Hos (lokasi rasmi) bagi M7 akan diumumkan nanti pada 15 Disember ini ketika Grand Finals M6.

Liga Profesional MLBB (MPL) pula akan bermula pada awal Mac sehingga lewat Jun dan bahagian kedua MPL akan bermula pada hujung Ogos sehingga awal November 2025.

“MLBB akan meneruskan liga di negara China. Kami sangat teruja untuk melihat salah satu negara yang mempunyai pasukan permainan video paling kuat dalam dunia berada di dalam ekosistem e-sukan MLBB.” ujar Mike Chu, Kedua Bahagian E-sukan & China di MOONTON Games.

Dalam kalendar ITU, beberapa acara besar juga diumumkan seperti Snapdragon Pro Series Mobile Masters pada April 2025 dan Snapdragon Pro Series New Season dari Ogos sehingga November tahun hadapan.

Kalendar ini berakhir dengan MLBB yang akan menjadi salah satu acara e-sukan untuk Sukan SEA ke-33 yang akan diadakan di Thailand.

Ekosistem Magic Chess: Go Go (MCGG) juga akan dilancarkan tahun hadapan.

RELATED NEWS

+